Thursday, 14 April 2011

Harga Ikan Salai Perluk

Assalamualaikum,

Saya ingin memberitahu bahawa harga bagi setiap kilo ikan salai ialah berharga 40 ke 50 ringgit bergantung kepada jenis ikan. Ikan keli murah sedikit berbanding ikan talapia dan juga patin.

Harga Ikan salai : RM40 - 50 ringgit sekilo..

Harga pemborong 35 ke 40 ringgit.. kira saya ambil untung dalam 5 ke 10 ringgit sahaja..

Seperti mahal bukan? sekilo tu banyak tuan2.. ikan kering kan.. ^^

nak tempah secara sedikit pun saya terima...

Sila hubungi ataus sms saya Amirul @ meme di talian 0179322870 untuk tempahan.. terima kasih..  ^^

Thursday, 31 March 2011

Ikan Salai Perluk, Jerantut, Pahang

Assalamualaikum para pelanggan yang saya hormati. dengan masa yang lapang ini saya nak kongsi dengan anda dimana tempat ikan salai dibuat iaitu di perluk, Jerantut. Perluk sebenarnya terletak kira-kira 45 minit dari bandar Jerantut, Pahang. Perluk adalah salah satu kawasan yang terkenal dengan produk pengeluaran ikan air tawar di Pahang atau di semenanjung Malaysia.  Di Perluk terdapat dimana tempat penyelidikan dan perikanan ikan air tawar seperti ikan patin, talapia dan juga keli.

Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat koleksi gambar yang ada pada saya untuk tatapan anda ikan dan juga kawasan tempat dimana ikan salai itu dihasilkan.


Contoh ikan salai talapia

Mesti sedap punyalah

Salah satu kolam ikan keli

Benih ikan Talapia didalam salah satu kolam yang ada disitu

Lihatlah kolam yang jernih

Kenapa jernih? untuk pengetahuan pelanggan dihormati sekalian... kolam di perluk ini menggunakan air bukit yang sangat2 bersih. bahkan orang disana pun tidak menggunakan air paip bahkan mereka juga menggunakan air bukit itu sebagai air mereka untuk mandi, memasak, membasuh baju dan lain lain. Lagipun Perluk ini terletak di kawasan yang agak Pedalaman sedikit, oleh sebab itulah ia kurang pencemaran air. x percaya? kita lihat gambar seterusnya nanti..

Ikan yang segar dari kolam yang jernih

memancing ikan di kolam Perluk


Ikan yang terdapat di Kolam tersebut

Air bukit yang mengalir dari bukit berdekatan.. jernih tak?

untuk pengetahuan.. sungai inu bersebelahan dengan kolam ikan tadi. lihat sendiri kualiti air sungai yang digunakan untuk ikan mereka.. memang tiada rasa kolam ikan ini walaupun ikan ni duduknya di kolam kerana air bukit ini sentiasa berganti..

kehijauan dan kejernihan air di perluk

diharap sedikit sebanyak gambar-gambar ini dapat memberi sedikit keyakinan kepada anda untuk menempah ikan salai kami. nanti kami akan upload pula proses penyalaian ikan. aduh, perut sudah lapar. mari makan gulai ikan salai bersayur jeruk maman. sungguh sedap... mari2..

Kunjungi kami di Facebook

Salam wahai pelanggan2 dan juga rakan2 yang dihormati.. kami juga ada menyediakan laman facebook kami mengenai Ikan salai ini.. bagi mereka yang berminat bolehlah melawati facebook kami di....

http://www.facebook.com/pages/Ikan-Salai-Perluk-dan-Ikan-Terubuk-Masin-Sarawak/135757226497776

disana ada gambar2 yang menarik tentang tempat2 ikan salai perluk.. nanti saya akan upload gambarnya ke sini...

terima kasih... kunjungan dan tempahan anda tanda ada menyokong kami dan kami sangat menghargainya.. terima kasih sekali lagi dari kami...

Wednesday, 30 March 2011

Pembelian Secara Online Ikan Salai dan Terubuk Masin

Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan nama Allah saya sekarang akan memulakan penjualan ikan terubuk masin sarawak dan ikan salai yang didatangkan khas dari perluk, Jerantut pahang yang terkenal dengan kesegaran ikan talapia, keli dan juga ikan patin.


Selepas ini, saya akan memberikan lagi informasi tentang Ikan salai perluk dan juga Ikan Terubuk Masin Sarawak bagi meyakinkan anda bahawasanya penjualan kami adalah yang terbaik, bab kata orang sekarang... Terbaik dari ladang. 


Salam Mesra
Amirul