Thursday, 31 March 2011

Ikan Salai Perluk, Jerantut, Pahang

Assalamualaikum para pelanggan yang saya hormati. dengan masa yang lapang ini saya nak kongsi dengan anda dimana tempat ikan salai dibuat iaitu di perluk, Jerantut. Perluk sebenarnya terletak kira-kira 45 minit dari bandar Jerantut, Pahang. Perluk adalah salah satu kawasan yang terkenal dengan produk pengeluaran ikan air tawar di Pahang atau di semenanjung Malaysia.  Di Perluk terdapat dimana tempat penyelidikan dan perikanan ikan air tawar seperti ikan patin, talapia dan juga keli.

Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat koleksi gambar yang ada pada saya untuk tatapan anda ikan dan juga kawasan tempat dimana ikan salai itu dihasilkan.


Contoh ikan salai talapia

Mesti sedap punyalah

Salah satu kolam ikan keli

Benih ikan Talapia didalam salah satu kolam yang ada disitu

Lihatlah kolam yang jernih

Kenapa jernih? untuk pengetahuan pelanggan dihormati sekalian... kolam di perluk ini menggunakan air bukit yang sangat2 bersih. bahkan orang disana pun tidak menggunakan air paip bahkan mereka juga menggunakan air bukit itu sebagai air mereka untuk mandi, memasak, membasuh baju dan lain lain. Lagipun Perluk ini terletak di kawasan yang agak Pedalaman sedikit, oleh sebab itulah ia kurang pencemaran air. x percaya? kita lihat gambar seterusnya nanti..

Ikan yang segar dari kolam yang jernih

memancing ikan di kolam Perluk


Ikan yang terdapat di Kolam tersebut

Air bukit yang mengalir dari bukit berdekatan.. jernih tak?

untuk pengetahuan.. sungai inu bersebelahan dengan kolam ikan tadi. lihat sendiri kualiti air sungai yang digunakan untuk ikan mereka.. memang tiada rasa kolam ikan ini walaupun ikan ni duduknya di kolam kerana air bukit ini sentiasa berganti..

kehijauan dan kejernihan air di perluk

diharap sedikit sebanyak gambar-gambar ini dapat memberi sedikit keyakinan kepada anda untuk menempah ikan salai kami. nanti kami akan upload pula proses penyalaian ikan. aduh, perut sudah lapar. mari makan gulai ikan salai bersayur jeruk maman. sungguh sedap... mari2..

No comments:

Post a Comment